Tuesday, November 21, 2006

Foto-foto Rumah Terbuka

Saya dan Shida sedang menyambut tetamu.

Tan Sri Khalid Ibrahim [tengah], Dato' Dr. Wan Ismail [kanan] dan Saudara Syed Shahir antara tetamu yang hadir.

Ibu saya, Hajah Che Tom Yahaya [berkaca mata], bersama ibu mertua saya, Hajah Siti Rahmah Ismail [dua dari kiri].

Senang dengan kehadiran Pengerusi Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Jen (B) Tan Sri Abdul Rahman dan isteri.

Bersama pembaca berita stesyen televisyen swasta, saudara Zaini.

Berbual-bual dengan sahabat lama, Encik Nik Musa.

Rakan-rakan sekolah anak saya...

Peguam Sankara Nair [kanan] dan kartunis Zunar [tengah].

Shida menyambut peguam Sivarasa dan Dr. Xavier.


Dua foto di atas: para hadirin ketika menjamu selera dan berbual-bual... kemesraan pelbagai kaum di hari lebaran.

YB Teresa Kok [kiri] bersama teman-teman menikmati hidangan.

[kembali ke halaman utama]

2 Comments:

Blogger KZSO said...

mana alamat rumah... kitaaa pon nak rayaaaa jugak.

4:24 PM  
Blogger deniro said...

Kepada saudara Azmin Ali yang merupakan Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada saudara atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan saudara untuk menyeru rakyat jelata yang bijak-bijak belaka supaya bersatu di bawah payung KeADILan agar perubahan dapat dilaksanakan. Kita sebenarnya sudah jemu dengan politik Barisan Nasional (BN) yang kotor. Saya merupakan salah seorang penyokong KeADILan yang megiring Nurul Izzah sepanjang tempoh berkempen di sekitar Lembah Pantai. Di sini saya ingin meyampaikan sedikit maklumat mengenai bilik gerakan KeADILan yang dibakar pada 7 mac 2008 kira-kira jam 4 pagi. Daripada maklumat yang saya dengar, saya dapati bilik gerakan tersebut dibakar oleh penyokong BN dengan membaling botol berisi minyak seterusnya membakar bilik gerakan itu. Pada jam 5 pagi, barulah polis tiba di tempat kejadian dan menyoal beberapa soalan pada penduduk sekeliling. Untuk pengetahuan saudara Azmin, bilik gerakan bahagian Kg Limau itu adalah tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) memberikan ucapan pada 6 mac 2008 pada jam 11 malam. Sambutan yang diberikan rakyat sekeliling kepada DSAI terlalu hangat sehinggakan penyokong semua sanggup menunggu ketibaan wira rakyat itu dalam keadaan hujan sekalipun. Dan apa yang memeranjatkan ialah apabila hujan yang sebegitu lebat berhenti serta merta apabila DSAI memberikan ucapan. Itulah rahmat yang diberikan Allah s.w.t kepada wira rakyat kita yang telah banyak diuji dengan ujian-ujian yang perit untuk dihadapi. Untuk pengetahuan saudara Azmin juga, beberapa hari yang lepas Pak Lah pun masuk juga ke kawasan Pantai Dalam dan kehadiran Pak Lah bukan saja tidak diterima rakyat malah bumi juga jijik dengan kehadiran seorang pemimpin yang bachol itu kerana hujan yang lebat merupakan penyambut tetamu Pak Lah pada masa itu. Persoalannya, mengapa kehadiran Pak Lah disambut dengan hujan yang terlalu lebat manakala kehadiran DSAI pula teramat memeranjatkan penyokong apabila hujan yang lebat berhenti serta merta sebaik saja wira rakyat itu memberikan ucapan.Ini menunjukkan bahawa Pak Lah adalah seorang pemimpin yang tidak diterima bumi Malaysia. Saya juga mengikuti perkembangan saudara Azmin melalui ceramah yang diberikan. Saya terlalu berharap saudara Azmin meneruskan perjuangan parti untuk menegakkan KeADILan bersama-sama DSAI supaya rakyat dapat dibela. Ini adalah emel saya deniro89@gmail.com. Harap saudara Azmin membalas surat saya ini dengan memberikan maklumat yang sahih mengenai penipuan yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin bodoh itu..

7:59 PM  

Post a Comment

<< Home